PERKHIDMATAN ICT PELAJAR USIM SEPANJANG TEMPOH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN

A. KEMUDAHAN INTERNET PELAJAR (CONNECTIVITY)

Jawapan:

Kemudahan Internet USIM adalah melalui rangkaian kampus atau kolej kediaman sahaja. Jika penggunaan adalah daripada rumah, pelajar perlu melanggan pelan data sendiri atau menggunakan kemudahan Internet yang tersedia di kediaman masing-masing.

Jawapan:

Ya. Pihak KPT menyediakan PAKEJ PELAN DATA UNTUK PELAJAR INSTITUSI  PENGAJIAN TINGGI. Sila layari laman berikut: https://bit.ly/internet-package

Untuk soalan lazim berkaitan ini, sila klik di pautan berikut: FAQ PELAN DATA DAN PERANTI KPT

Jawapan:

Setakat ini tiada kolaborasi bersama syarikat berkenaan. Pihak Universiti melakukan kajian teliti berdasarkan beberapa kriteria teknikal termasuklah prestasi liputan dan prestasi penyedia perkhidmatan bagi tahun semasa dan juga beberapa tahun kebelakang. Laporan liputan telco yang disediakan oleh pihak SKMM juga diambil kira dalam membuat keputusan.

Jawapan:

Kemasukan pelajar ke kampus adalah berdasarkan SOP yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan Universiti. Pelajar perlu merujuk kepada hebahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Bagi pelajar yang dibenarkan untuk melakukan PdP di dalam kampus, pihak SDEC menyediakan beberapa makmal komputer dan learning space yang boleh digunakan. SOP penggunaan kemudahan ini perlulah dipatuhi seperti kaedah perekodan penggunaan dan etika penjarakan sosial. Maklumat berkaitan ruang yang boleh digunakan bagi tujuan ini akan dimaklumkan di laman web SDEC: https://sdec.usim.edu.my .

Jawapan:

Anda perlu memaklumkan kepada pensyarah berkaitan masalah yang dihadapi. Ini bagi memastikan pensyarah mendapatkan maklumat tersebut dan menggunakan kaedah lain yang bersesuaian dengan capaian anda.

Jawapan:

Bagi sesi PdP yang dilaksanakan melalui kaedah segerak (synchronous) menggunakan perisian video konferen seperti MS Teams, Zoom dan sebagainya; pelajar yang menghadapi masalah capaian Internet (langganan data yang terhad atau signal rangkaian yang lemah) dinasihatkan supaya hanya enable video kamera (on) pada permulaan dan penghujung sesi sahaja. Juga hanya enable pada waktu tertentu sahaja dan bukan sepanjang sesi. Pelajar juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat saiz fail yang ingin dimuat turun terlebih dahulu. Melayari platform video hanya untuk aktiviti PdP sahaja bagi mengelakkan pembaziran data.

B. KEMUDAHAN PERANTI (DEVICE) PELAJAR

Jawapan:

Pihak SDEC tidak menyediakan kemudahan pinjaman notebook kepada pelajar. Walaubagaimanapun, SDEC menyediakan beberapa makmal komputer bagi tujuan PdP mengikut SOP yang telah ditetapkan. Ini adalah tertakluk kepada kebenaran memasuki kampus yang telah digariskan.

Jawapan:

Ya. Pihak KPT menyediakan PAKEJ PEMBELIAN PERANTI UNTUK PELAJAR INSTITUSI  PENGAJIAN TINGGI. Sila layari laman berikut: https://bit.ly/internet-package

Untuk soalan lazim berkaitan ini, sila klik di pautan berikut: FAQ PELAN DATA DAN PERANTI KPT

Jawapan:

Ya. PdP masih boleh dijalankan melalui telefon pintar. Kebanyakkan perisian dan sistem yang digunakan bagi aktiviti PdP seperti Sistem GOALS, MS Teams, Zoom, Emel Raudah dan lain-lain lagi adalah compatible dengan telefon pintar. Cuma terdapat beberapa ciri yang berbeza bagi versi desktop dan versi mobile bergantung kepada perisian/sistem tersebut.

Jawapan:

Anda perlu memastikan perisian yang telah dipasang pada notebook tersebut adalah perisian yang perlu digunakan sahaja. Anda boleh uninstall perisian yang tidak berkaitan. Anda juga perlu memastikan storan notebook pada tahap yang ideal dan memadamkan (delete) file yang tidak lagi diperlukan atau boleh membuat salinan ke storan cloud. Notebook juga perlu dibuat imbasan anti virus bagi memastikan ianya berada pada tahap yang optimum. Anda juga perlu mengelakkan dari memasang perisian yang tidak sah (pirated software).

C. KEMUDAHAN PERISIAN/SISTEM PENGAJARAN PELAJAR (OFFICE 365 / GOALS / MOOC / PELBAGAI PERISIAN LAIN)

Jawapan:

Semua senarai perisian dan kaedah pemasangan perisian dipaparkan di laman web; https://sdec.usim.edu.my/elearning/student . Kaedah capaian adalah seperti berikut:

Perisian Website/URL Login/Daftar
Perisian pengajaran (SPSS, Matlab, AutoCAD, Atlas, Eviews, Gaussview) http://vdi.usim.edu.my ID dan kata laluan Portal iStudent
Perisian Microsoft Education (developer tools seperti Visual Studio, Database, OS dll) https://azureforeducation.microsoft.com/devtools E-mel Raudah
Adobe Creative Cloud (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, Acrobat DC dll) https://adobe.com Permohonan melalui http://bit.ly/CC4PKP
Microsoft (OS & Office 365) https://www.office.com/ E-mel Raudah

*Senarai lengkap perisian adalah melalui laman web yang dinyatakan di atas.

Jawapan:
Pelajar yang telah mendaftar emel Raudah tetapi terlupa kata laluan boleh self reset password melalui link yang disediakan. Sila login di https://login.microsoftonline.com/ dan klik pada Forgot my password. Jika anda terlupa alternate emel atau tidak pernah verify emel Raudah sebelum ini, sila dapatkan bantuan petugas Helpdesk Emel Raudah melalui pautan berikut : https://bit.ly/usim365. Sila ikuti panduan yang disediakan di laman tersebut.

Jawapan:
Untuk pembetulan nama pada emel Raudah, sila maklumkan kepada admin melalui borang online https://bit.ly/usim365. Bagi pertukaran alamat emel sedia ada pula adalah tidak dibenarkan.

Jawapan:
Sila maklumkan masalah berkenaan melalui Helpdesk E-Learning Pelajar; https://bit.ly/usimelearning-students . Sila maklumkan maklumat yang lengkap seperti nama sebenar kursus /channel yang diwujudkan oleh pensyarah di MS Teams. Sila lampirkan screenshot nama kursus berkenaan supaya memudahkan pihak admin membuat carian.

Jawapan:
Sila maklumkan masalah berkenaan dengan emel butiran No Matrik, Nama dan butiran lengkap kursus yang tiada ke emel helpdesk.goals@usim.edu.my .

Jawapan:
Sila salurkan sebarang masalah berkaitan PdP dalam talian di Telegram E-Learning Support Group https://bit.ly/usimelearning-students

Dikemaskini oleh SDEC pada 30 Jun 2020