Fungsi Bahagian 

Bahagian Governan & Strategik

Bahagian Aplikasi Korporat & Kewangan

Bahagian Aplikasi Akademik & Portal

Bahagian Infrastruktur ICT

Bahagian Multimedia & Teknologi Pengajaran

1.Bertanggungjawab di dalam urusan pentadbiran dan kewangan di SDEC.

2.Membangun, mengemaskini dan memantau pelaksanaan Dasar ICT.

3.Bertindak sebagai PMO bagi projek-projek ICT.

4.Menjalankan audit dalaman bagi projek-projek ICT.

5.Menggerakkan kajian teknologi baharu ICT bagi tujuan pelaksanaan dan adaptasi di USIM.

6.Merancang dan memantau pelaksanaan latihan ICT staf serta kemajuan kerjaya staf teknikal.

1.Bertanggung jawab merancang, menganalisis, memperoleh, membangun, menambahbaik, melaksana dan menyelenggara Sistem Aplikasi Korporat & Kewangan Universiti serta sistem-sistem sokongan yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran Universiti.

2.Memastikan aplikasi yang dibangunkan lengkap dengan fungsi sistem dan selamat dari serangan siber.

1.Bertanggung jawab merancang, menganalisis, memperoleh, membangun, menambahbaik, melaksana dan menyelenggara Sistem Aplikasi Akademik Universiti serta portal & mobile Universiti. Ini termasuk sistem berkaitan akademik, penyelidikan dan pelajar.

2.Memastikan aplikasi yang dibangunkan lengkap dengan fungsi sistem dan selamat dari serangan siber.

1.Bertanggungjawab mengkaji, merancang dan menyediakan infrastruktur ICT (rangkaian, keselamatan ICT, pusat data, perkakasan ICT dan telekomunikasi) yang mencukupi, sedia dan selamat digunakan bagi menyokong pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran di USIM.

1.Bertanggungjawab merancang dan menyediakan keperluan teknologi pengajaran & pembelajaran.

2.Menyediakan platform bersesuaian bagi menyokong e-pembelajaran serta pembangunan kandungan digital mengikut acuan USIM selari dengan Dasar Pembelajaran dan Pengajaran dan Dasar e-Pembelajaran Negara (DEPAN).