31 Mei 2025 – Bahagian Aplikasi Akademik Dan Portal SDEC telah menjalankan sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) bersama Pusat Pengurusan Akademik (PPA) bagi sistem Al-Ulyaa, iaitu versi baharu kepada sistem iPPS.

Sistem Al-Ulyaa dibangunkan untuk menyokong pengurusan akademik dengan lebih cekap dan sistematik di USIM bagi Pelajar Pascasiswazah.💻📊

Sesi UAT ini bertujuan memastikan fungsi-fungsi utama dalam sistem Al-Ulyaa beroperasi seperti yang dirancang sebelum pelaksanaan rasmi dilakukan.