12 Jun 2025 – Tahniah diucapkan kepada pasukan USIM AI Syariah yang telah menerima Special Mention Award dalam pertandingan AI Hackathon for Public Sector 2025, anjuran Microsoft Malaysia bersama Public Sector for Digital Skills!


Projek mereka, ILA – Islamic Family Legal Advisor, ialah chatbot AI berasaskan Microsoft Azure yang memberikan panduan undang-undang kekeluargaan Islam secara pintar, pantas dan mesra pengguna.

Dibangunkan dengan teknologi terkini seperti Azure OpenAI, AI Search & Document Intelligence, ILA mampu menstruktur maklumat daripada dokumen syariah – menjadikannya sangat relevan untuk sektor awam Malaysia.

Kumpulan ini terdiri daripada:
🔹 Dr. Norsuhaida Che Musa
🔹 Ts. Khadijah Chamili
🔹 Ts. Ussyairah Ali
🔹 Ahmad Faiz Ab Aziz

🔹 Ts. Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu

Special Mention diberikan kepada pasukan dengan idea unik, berpotensi besar, dan penggunaan AI yang inovatif serta seiring dengan tema hackathon: “Supercharging Malaysia Public Services with Microsoft AI Platform.”

Turut menerima pengiktirafan khas ialah kumpulan “LabourLensAI” dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). USIM terus membuktikan komitmennya dalam mengintegrasikan AI dengan prinsip Syariah demi memperkasa perkhidmatan awam negara!