23 Julai 2025 – Road Tour Pejabat CDO & Pengurusan SDEC bersama Pengurusan FPBU
Sesi libat urus bersama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) selaku lokasi ketiga jelajah ini telah berjaya memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa agenda pendigitalan USIM. Sesi ini turut menjadi platform penting untuk berkongsi pelbagai inisiatif pendigitalan yang sedang dilaksanakan serta mendapatkan input dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan ICT daripada pihak fakulti.
Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh FPBU mencerminkan kesediaan dan sokongan fakulti dalam menjayakan pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan USIM 2026–2030 yang sedang dirangka.
Jelajah ini akan diteruskan ke fakulti-fakulti lain bagi memastikan pelan yang dibangunkan bersifat inklusif, relevan dan berimpak tinggi untuk masa depan digital USIM.