12–13 Ogos 2025 | SDEC USIM bersama Klinik Guaman FSU USIM terpilih antara pempamer dalam acara bertaraf ASEAN ini di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Dengan membawakan inovasi terkini — Chatbot Islamic Family Legal Assistant (ILA), sebuah chatbot AI di bawah gagasan projek USIM AI SYARIAH, yang mampu memberikan bantuan permulaan konsultasi guaman di bawah perundangan syariah di Malaysia dengan pantas, mudah diakses, dan membantu secara efektif.

Acara berprestij ini disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾, menjadikannya platform penting untuk mempamerkan teknologi AI yang inklusif dan mampan di rantau ASEAN.
🇲🇾✨