28 Ogos 2025 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memulakan siri perjumpaan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) bersama jabatan-jabatan di USIM, yang dimulakan dengan System Development and Engineering Centre (SDEC).
Sesi pertemuan ini telah dipengerusikan oleh pihak Pengurusan Universiti dan diketuai oleh Encik Saiful Samad selaku Pengarah SDEC. Perjumpaan ini bertujuan menyediakan ruang perbincangan terbuka bagi mendengar secara langsung aspirasi, cabaran serta idea penambahbaikan daripada warga jabatan, di samping memperkukuhkan sinergi antara pengurusan universiti dan pusat tanggungjawab.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana konstruktif ini turut menekankan kepentingan kerjasama strategik, inovasi digital serta peranan SDEC dalam menyokong agenda pendigitalan universiti.
#sdecusim #usimdigital #25tahunusim #usim #usimcemerlangusimdisayang

