23 September 2025 – Road Tour Pejabat CDO & Pengurusan SDEC bersama Pengurusan Pusat Pengajian Teras USIM
Sesi libat urus ini membuka ruang yang luas untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik, khususnya dalam mempercepat agenda pendigitalan USIM.
Perbincangan yang berlangsung bukan sahaja membincangkan inisiatif pendigitalan semasa, malah memberi peluang untuk pihak PPT menyuarakan idea dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan ICT.
Kesediaan serta komitmen ini jelas menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan USIM 2026–2030 yang kini sedang dirangka.

