Sistem Pengurusan Penganjuran Kejohanan Sukan
(mySukan)

Sistem mySukan adalah sistem yang menguruskan penganjuran kejohanan sukan di USIM. Sistem ini berfungsi bagi menyokong keseluruhan proses penganjuran secara digital, merangkumi pendaftaran kejohanan dan penganjur, penetapan jadual pengisian iForm, QForm dan NForm bagi Kejohanan, pendaftaran teknikal sukan dan penyelaras pasukan, pendaftaran peserta serta penjanaan laporan.
Pelaksanaan sistem ini telah membantu meningkatkan kecekapan operasi, memastikan pematuhan kepada jadual yang ditetapkan, penyediaan maklumat yang tepat, menyeluruh dan mudah diakses bagi tujuan pemantauan. Sistem ini telah mula digunakan pada Januari-April 2025 yang mempunyai sebanyak 24 proses kerja. Sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal SDEC dan Pusat Sukan merupakan pemilik sistem.
Pada 5 Disember 2025, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek VOICES Bil. 2/2025 bertempat di Dewan Senat, Canselori telah berlangsung sesi penyerahan rasmi Sistem mySukan kepada Pusat Sukan.