Postgrad Admission and Registration System
(Taqdim)

Pada 18 Disember 2025, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek SMILES Bil. 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan, Aras 4, telah berlangsung sesi penyerahan Sistem Taqdim iaitu Postgrad Admission and Registration System kepada Pusat Pengurusan Akademik selaku pemilik sistem.

Sistem ini dinaiktaraf untuk memudahkan bakal pelajar/ pemohon mengemukakan permohonan bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD). Sistem ini telah mula digunakan pada 3 Jun 2025.

Melalui Sistem Taqdim, pemohon dapat mengemukakan permohonan serta menyemak status permohonan secara atas talian pada bila-bila masa sepanjang tempoh tawaran dibuka. Dengan penyerahan ini, diharapkan sistem ini dapat meningkatkan keberkesanan proses kemasukan, memudahkan urusan permohonan dan menyokong pengurusan akademik yang lebih teratur dan efisien.

Kembali