Bengkel ini telah diadakan pada 25 September sehingga 27 September 2020 bertempat di MITC Hotel Melaka, Melaka International Trade Centre. Para peserta yang terdiri daripada kumpulan pembangun kursus USIMMOOC perlu membangunkan kursus masing-masing dengan lengkap dan berkualiti untuk digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sementara itu, barisan urusetia pula membantu dalam memberi pendedahan berkaitan kaedah serta panduan pembangunan kursus USIM MOOC yang lebih mudah dan interaktif.

Seramai 15 orang peserta mewakili 7 kumpulan daripada 12 kumpulan USIM MOOC 2020 serta 6 urusetia yang terlibat. Berikut adalah senarai kursus USIM MOOC 2020:

Bil Faculty Course Title
1 FPSK One Health
2 FPSK Psychological Medicine
3 FEM Principles and Practices of Marketing
4 FEM Business Accounting
5 FST Cyberlaw
6 FST Insurans & Takaful
7 FST Fisiologi & Anatomi Manusia
8 KGI Arabic Language for Stem
9 KGI Writing for Research Paper
10 FPG Fundamental Islamic Knowledge Iv (Applied Dental Fiqh)
11 FPG New Classification of Periodontal and Peri-Implant Diseases and Conditions 2017
12 FSU Al-Madkhal Ila Al Fiqh Al- Islamiy

 

Kursus USIM MOOC 2020 dijangka dapat ditawarkan pada Februari 2021.

 

Disediakan oleh :
Nur Syakira Redzuan, BMTP