21 Mac 2025 (Jumaat), satu kunjungan hormat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM Sesi Akademik 2024/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 SDEC pada jam 3.00 petang.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan MPP yang baharu, bertukar pandangan, serta mengeratkan hubungan baik antara wakil pelajar dengan pengurusan SDEC.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dan aspirasi bersama demi kebaikan seluruh warga USIM.
