Pada 23 Jun 2022 (Khamis), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dan Jabatan Bendahari USIM telah menerima kunjungan daripada wakil staf Pusat Komputeran dan Informatik dan Pejabat Bendahari UMK bagi membuat lawatan penanda aras berkaitan penggunaan platform payment gateway di USIM.

Di USIM, payment gateway adalah melalui Sistem myPayment yang merupakan sistem pembayaran secara atas talian bagi pembayaran yuran, pembayaran permohonan perjawatan, pembayaran seminar, pembelian buku, infaq/wakaf, yuran pendaftaran pembekal, pembelian dokumen sebutharga/tender dan sebagainya. Pemilik sistem adalah di bawah Jabatan Bendahari USIM. Ia dibangunkan secara dalaman oleh teknikal ICT USIM (SDEC) pada 2018 dan mula digunakan pada tahun 2019.