ALUAN PENGARAH

Bismillahirrahmannirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman web System Development and Engineering Centre (SDEC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web SDEC ini.

Teknologi masa kini jika digunakan dengan baik akan mendatangkan banyak kelebihan kepada penggunanya, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, diharap para pengunjung dapat menggunakan platform laman web ini sebagai satu medium penghubung yang efektif di antara pihak SDEC dengan warga kampus mahupun masyarakat luar. Pihak SDEC akan berusaha untuk sentiasa memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang boleh diperolehi melalui jabatan ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf SDEC yang telah berusaha keras untuk menyiap, menyenggara dan mengemaskini laman web ini. Semoga usaha-usaha ini akan mendatangkan hasil terbaik yang boleh disalurkan kepada seluruh warga kampus khususnya dan masyarakat umum amnya.

Akhir kata, saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk melayari laman web ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap agar laman web ini akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pengunjung sekalian.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi memantapkan lagi isi kandungan laman web ini untuk kebaikan semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web SDEC.


Ts. Mohd Saiful Abdul Samad

Pengarah
System Development & Engineering Centre (SDEC)