LATAR BELAKANG

Sejarah System Development and Engineering Centre (SDEC), bermula dengan Unit Teknologi Maklumat pada tahun 2000 yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat, F48 sehingga dinaiktaraf kepada Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklumat (PPITM) pada tahun 2006 dan diketuai oleh ahli akademik, VK6.

Bagi tempoh 16 tahun penubuhan USIM, fungsi SDEC hanya memfokus kepada pengurusan dan pengembangan perkhidmatan ICT.

Pada tahun 2016, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) USIM ketika itu telah dijenama semula kepada Pusat Pembelajaran Akses Terbuka-Teknologi Immersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN) yang menggabungkan fungsi ICT dan penambahan fungsi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui Bahagian Madal Hayah.

Pada tahun 2019, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) telah bersetuju dengan penjenamaan semula Centre for Global Open Access Learning, Immersive Technology and Networks (GOAL – ITQAN) kepada System Development and Engineering Centre (SDEC) sehingga kini.

Visi

Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan berteraskan ICT.

Misi

Memperkasa infostruktur & infrastruktur ICT untuk menyokong persekitaran akademik dan pentadbiran universiti secara optimum dan kos efektif.

Tagline

#leadandinnovate