Hari Bertemu Pelanggan SCIROSH telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Perpustakaan USIM anjuran Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 26 Jun 2023 (Isnin) yang lalu. SDEC tidak ketinggalan menyertai pameran yang berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan ialah Pencarian Bakat @ Digital Creative Studio dari Bahagian Perkhidmatan Digital, Pertanyaan Aplikasi USIM Mobile dari Bahagian Aplikasi Sistem dan Panduan Keselamatan Siber dari Bahagian Infrastruktur ICT.

#sdecusim #USIM23tahun #sciroshusim #usim