Sistem Pengurusan Acara (Alhaflah)

Sistem Alhaflah (Sistem Pengurusan Acara) merupakan salah satu sistem yang terlibat dalam keperluan naik taraf ke versi baharu. Sistem ini telah mula dibangunkan pada Jun 2025 dan mula digunakan sepenuhnya oleh semua Pusat Tanggungjawab pada 8 Januari 2026. Sistem ini dibangunkan secara dalaman (in-house) oleh Pasukan Pembangun Sistem daripada Unit Aplikasi Sokongan Sistem, Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan, SDEC.

Skop sistem ini melibatkan pengurusan acara termasuk keperluan jemputan acara yang dilaksanakan secara digital beserta kad jemputan digital. Penggunaan pertama kali kad jemputan digital kepada ibu bapa / waris serta jemputan khas melalui Sistem Alhaflah telah dilaksanakan pada Majlis Konvokesyen USIM ke-23 yang berlangsung pada 25 hingga 28 November 2025. Kad jemputan digital telah dilengkapi dengan kod QR dan semasa menghadiri majlis, jemputan hanya perlu menunjukkan kad digital tersebut untuk diimbas kehadiran oleh petugas.

Pada 12 Mei 2026, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek PROFESS Bil. 1/2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SDEC, Aras 2, Bangunan Pusat Teknologi Maklumat USIM, telah berlangsung sesi penyerahan Sistem Alhaflah kepada Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) selaku pemilik sistem dan disaksikan bersama ahli Mesyuarat Jawatankuasa Projek PROFESS.

Kembali