2 November 2019 (Sabtu) – Kyrgsztan, telah diadakan Program Sumbangan Komputer bagi Program Pengembaraan USIM GISO 2019 OSH Here We Come dengan kerjasama Fakulti Syariah & Undang-Undang dan MPP USIM bertempat di Jusup Balasagun School.

Melalui program ini, Unit Teknologi Pengajaran USIM, GOAL-ITQAN telah berpeluang memberi sumbangan 2 unit komputer kepada makmal komputer sekolah bagi sesi pengajaran & pembelajaran.

Semoga dengan sumbangan ini, dapat melicinkan segala urusan pengajaran dan pembelajaran di Jusup Balasagun School dan seterusnya merapatkan ukhuwah.