Nilai, 1 April 2022 – Program USIM Membersih 2022 yang berlangsung pada 1 April 2022 (Jumaat) melibatkan semua PTj secara serentak. Proses pembersihan adalah bertumpu di PTj masing-masing terutamanya tandas dan diperluaskan sehingga ke kawasan sekeliling PTj.

Program USIM Membersih 2022 di peringkat SDEC melibatkan lebih 30 kakitangan SDEC dan proses pembersihan adalah bertumpu di tandas, surau dan kawasan sekeliling bangunan SDEC.

Sehubungan itu, diharapkan dengan penganjuran Program USIM Membersih 2022 di peringkat SDEC ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menjaga kebersihan dan keselesaan bersama.

 

Disediakan oleh:

Nuradilah Binti Azman
Pembantu Tadbir
System Development and Engineering Centre (SDEC)
Universiti Sains Islam Malaysia
No.Tel : 06 – 798 6042 | Faks : 06 – 798 6050