4 Ogos 2022 | Telah berlangsung acara kemuncak Showcase Minecraft Kampus Barakah Challenge (MKBC’22) di Dewan Senat, Bangunan Canselori USIM, menyaksikan sebanyak 3 pasukan berentap di peringkat akhir. Sebanyak 12 pasukan telah menyertainya dalam menempuh cabaran membangunkan ‘World’ di Minecraft Education Edition sebagai salah satu pendekatan e-Gamifikasi dalam PdP di universiti. Cabaran kali ini berorientasikan tema Maqasid Syariah yang diterapkan dalam niche kepakaran bidang fakulti, Tamhidi dan KGI USIM.

Pasukan Cyber Squad dari Fakulti Sains & Teknologi telah dinobatkan sebagai Juara, Naib johan disandang oleh pasukan Al-Hijaz dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama, manakala tempat ketiga dari pasukan Fuji Pro dari Fakulti Pergigian. Majlis penutup disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM. Program yang julung-julung kali diadakan ini dianjurkan oleh USIM e-Gamification Committee (UeGC), CeTL dan SDEC USIM.

Tahniah kepada para pemenang dan kumpulan yang menyertai pada kali ini.