12 November 2024 (Selasa) – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Komunikasi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama dengan syarikat telekomunikasi telah mengadakan sesi lawatan ke beberapa lokasi di dalam USIM bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut keperluan penambahbaikan liputan WIFI dan liputan mudah alih 4G di lokasi tersebut.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan lawatan adalah seperti Fakulti Sains & Teknologi(FST), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Kolej Permata Insan, Kolej Kediaman 1 (KK1), Rumah Kakitangan Penting, Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) dan Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI).
Lawatan ini membantu mengenalpasti keperluan penambahbaikan liputan WIFI dan 4G, yang akan meningkatkan akses internet bagi pelajar dan kakitangan di USIM, memudahkan pembelajaran dan komunikasi.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi lawatan pada kali ini.