Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya memperoleh pengiktirafan Pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) bagi Sistem Kewangan Universiti (Sistem Al-Maaliyah Versi 3 – AMV3) pada 19 Disember 2023 bagi kategori Agensi Yang Berjaya Membangunkan Sistem Perakaunan Dan Kewangan Secara Dalaman. Sistem AMV3 yang dibangunkan sepenuhnya secara dalaman (in-house) oleh teknikal pembangunan Sistem di Bahagian Aplikasi Korporat dan Kewangan, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan USIM dan pemilik sistem adalah Jabatan Bendahari USIM.
Penganugerahan ini telah dibuat semasa Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA (MASS) 2024 pada 27 November 2024 (Rabu) di Wyndham Acmar Klang Hotel anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).



