12 Disember 2024, SDEC USIM telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Terima Kasih bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, SDEC. Majlis ini bertujuan meraikan mereka yang telah memberi khidmat cemerlang kepada SDEC dan USIM.
Penghargaan khusus diberikan kepada:

Puan Noreffyzan Izziaty binti Samran, Puan Hazirah binti Kamarudzaman, dan Cik Siti Hajarul binti Kasdi, atas komitmen dan jasa bakti mereka semasa berkhidmat di SDEC.
Majlis ini juga menjadi wadah untuk menyemai kenangan indah dan menghargai budi yang tidak ternilai. Semoga jasa mereka terus dikenang sepanjang zaman.


