26 Februari 2025(Rabu) | Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (MAPITA) telah menganjurkan AI Day 2025 Pendidikan Tinggi bagi memperkukuh penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan tinggi.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, dalam ucapannya antara fokus utama kerajaan ialah melahirkan 200,000 pakar kecerdasan buatan menjelang 2030 melalui MY AI NEXUS.

USIM juga turut memperkenalkan inisiatif Kecerdasan Buatan Syariah yang berpotensi membantu penyelesaian isu faraidh, ibadah haji dan pensijilan halal.

AI Day 2025 membuktikan AI bukan sekadar teknologi masa depan, tetapi keperluan pendidikan tinggi hari ini!