24 April 2025 (Khamis), bertempat di Lobi SDEC, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Kelab Keluarga SDEC (FaSDEC) dengan tema “Raya Meriah Lain Macam”.

Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran SDEC 1446H/2025, diikuti ketibaan staf, serta ucapan oleh Pengerusi FaSDEC, Encik Amir Nadzim Kaharudin dan Pengarah SDEC, YBrs. Ts. Mohd Saiful Abdul Samad.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran para jemputan, jamuan makan, penyampaian hadiah pertandingan (Gerai “Meriah Lain Macam” & Busana Terbaik), serta sesi bergambar bersama warga SDEC.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kemeriahan Syawal terus mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga SDEC. 🌙✨

#FaSDEC #SDECRaya2025 #RayaMeriahLainMacam #SDECUSIM #AidilfitriSDEC