Kaunter Bantuan Teknikal USIM ID telah berjaya dilaksanakan pada 19 & 20 Januari 2026 bertempat di Lobi Bangunan SDEC.
Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini bertujuan membantu warga USIM menangani isu berkaitan USIM ID seperti masalah log masuk, pengaktifan akaun dan pengesahan identiti digital. Kaunter ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus.
Pihak SDEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengguna yang hadir serta pasukan teknikal yang bertugas atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.
⚠️ Makluman
Sebarang aduan berkaitan USIM ID selepas tarikh ini hendaklah dikemukakan melalui Sistem Aduan ICT myARIFS.
#USIMDigital #SDECUSIM #USIMID

