Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2026 di Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan.
Pelaksanaan ini adalah selaras dengan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Surat Edaran KPPA bertarikh 11 September 2025 yang menekankan kepentingan pengurusan perjawatan dan struktur organisasi secara cekap, optimum serta mematuhi kelulusan yang ditetapkan.
AKPO ini bertujuan menilai keperluan sebenar perjawatan serta melaksanakan inisiatif pengoptimuman sumber manusia.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan audit ini.
