23 April 2026 (Khamis) telah berlangsung sesi lawatan daripada Delegasi Digital UMS ke System Development and Engineering Centre (SDEC), USIM.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang pembangunan sistem, inovasi digital serta teknologi terkini. Selain itu, ia turut membuka ruang kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkukuh ekosistem digital.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Delegasi Digital UMS atas kesudian berkunjung. Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang 🤝✨