9 Jun 2026 – Program Kesedaran Keselamatan Siber bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan USIM, dengan penglibatan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran warga USIM mengenai kepentingan menjaga keselamatan digital, mengenal pasti ancaman siber serta mengamalkan langkah-langkah yang lebih selamat ketika menggunakan teknologi dan internet.
Pelbagai perkongsian dan pengisian menarik telah disampaikan bagi membantu peserta memahami risiko ancaman siber yang semakin berkembang, di samping membudayakan amalan #ThinkBeforeYouClick dalam kehidupan seharian.
Terima kasih diucapkan kepada CyberSecurity Malaysia (CSM) atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan serta kepada semua warga USIM yang telah menjayakan program ini. 🤝
Semoga usaha seperti ini dapat terus memperkukuh budaya keselamatan siber dalam kalangan warga USIM serta melahirkan pengguna digital yang lebih bijak, berwaspada dan bertanggungjawab. 🛡️

