Warga SDEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Kreativiti dan Inovasi, serta Anugerah Video iNaQ Terbaik atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan.
Kejayaan ini merupakan bukti usaha berterusan dalam memperkasakan budaya kerja berkualiti, inovatif dan berimpak tinggi demi menyokong aspirasi pendigitalan universiti.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SDEC untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ![]()
