Komitmen terhadap keselamatan maklumat terus diperkukuh melalui pelaksanaan Audit Dalaman Bersepadu (ADaB) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) 2026 yang telah berlangsung pada 7 hingga 18 September 2026.

Sesi audit ADaB di SDEC telah dilaksanakan pada 15 September 2026 dengan penglibatan empat (4) orang auditor ADaB.

Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SDEC dalam memastikan pengurusan keselamatan maklumat sentiasa berada pada tahap yang baik, di samping memastikan pematuhan terhadap piawaian, prosedur dan keperluan ISMS yang telah ditetapkan.

🤝 Terima kasih dan penghargaan kepada semua auditor serta warga SDEC yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang sesi audit berlangsung.

Bersama memperkukuh keselamatan maklumat, demi perkhidmatan digital yang lebih selamat dan dipercayai.