1 November 2022 – Lawatan dari pelajar-pelajar Program Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam, Kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM ke Studio SDEC.

Seramai 30 orang pelajar bersama Penyelaras, Prof. Madya Dr. Ramiaida binti Darmi diberi pengenalan dan pendedahan berkaitan asas penggunaan teknologi terkini dalam pembelajaran dan pengajaran (PnP).

Penerangan berkaitan penggunaan Lightboard Room dan juga Live/Recording Room (Green Screen) diberikan oleh En. Faizal dan En. Muizzuddin dari Unit Multimedia, BMTP SDEC.

**Lihat gambar-gambar yang lain di FACEBOOK SDEC.