Pada tarikh 22 Mei sehingga 24 Mei 2023 telah berlangsung sesi Audit SIRIM Peringkat 2 di USIM. Ianya adalah untuk USIM memperolehi Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 ISMS (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat).

Skop ISMS USIM bagi pensijilan kali pertama ini adalah “Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi proses “Penawaran Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar baru Peringkat Ijazah Sarjana Muda di USIM“. Proses audit telah diadakan di 11 jabatan yang terlibat dengan skop pensijilan kali ini.

Disediakan oleh:
Nurin Aiza Abd Aziz
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Bahagian Infrastruktur ICT, SDEC