Bengkel Hala Tuju SDEC 2024 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori USIM pada 10 Januari 2024 lalu.

Bengkel ini bertujuan untuk merancang hala tuju SDEC bagi tahun 2024. Kehadiran YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali sebagai perasmi program ini menyerlahkan kepentingan serta keseriusan pihak SDEC dalam merancang hala tuju yang dinamik dan berdaya saing.

Program ini telah menyediakan platform yang terbaik di mana Pengarah, Ketua Bahagian, Ketua Seksyen dan Ketua Unit dapat berkongsi pandangan, idea dan pemikiran bagi membentuk landasan strategik yang kukuh. Dalam suasana yang penuh semangat, peserta turut terlibat dalam sesi soal jawab dan perbincangan untuk menggali peluang serta menghadapi cabaran dalam dunia ekonomi digital yang sentiasa berubah.

Bengkel Hala Tuju SDEC 2024 menonjolkan komitmen universiti dalam melahirkan warga USIM dan graduan yang tidak hanya berkualiti tetapi juga bersedia menghadapi cabaran era digital. Dengan pemikiran proaktif dan terbuka.

Bengkel ini menjadi pencetus 2024 sekaligus membuka lembaran momentum keunggulan SDEC pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.