5 – 6 Februari 2020 – Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari ini adalah dibawah penganjuran bersama oleh Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) USIM dan Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) . Bengkel ini telah menghimpunkan seramai 23 pensyarah USIM berlatar belakangkan pelbagai bidang keilmuan dan kepakaran.

Objektif pelaksanaannya adalah bagi memenuhi aspirasi milenia dalam mengarusperdanakan Flexible Education di persada pendidikan tinggi negara. Lima (5) teras utama digariskan sebagai inisiatif dengan perancangan sehingga tahun 2025 iaitu; 1) Pembelajaran Teradun Gantian (PTG), 2) Credit Transfer MOOC (CTM), 3) Micro Credential, 4) Open Distance Learning dan 5) Gamification.

Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA) JPT, Prof. Madya Dr. Wan Zuhanis Saad telah dijemput khas bagi menyampaikan taklimat berkenaan halatuju Flexible Education di peringkat Pendidikan Tinggi kepada para peserta. Bengkel ini turut dihadiri oleh dua (2) fasi jemputan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Norasiken Bakar (UTeM) dan Prof. Madya Dr. Azidah Abi Ziden (USM).

Disediakan Oleh
Mohd Firdaus Amran, SDEC.