4 Februari 2020 – Bengkel Pembangunan kursus USIM MOOC telah diadakan bertempat di Executive Lounge, Bangunan Canselori, USIM. Peserta diberi pendedahan berkaitan kaedah serta panduan pembangunan kursus USIM MOOC, kaedah rakaman serta kaedah pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran yang lebih interaktif.  Pelan Pengajaran Kursus USIM MOOC mengikut rubrik yang ditetapkan bagi mendapatkan idea keseluruhan struktur kursus USIM MOOC yang akan dibangunkan perlu disediakan oleh setiap peserta.

Seramai 15 orang peserta mewakili 9 kumpulan daripada 12 kumpulan USIM MOOC 2020 serta 8 urusetia yang hadir. Berikut adalah senarai kursus USIM MOOC 2020:

 

Bil FACULTY Course Title:
1 FPSK Introduction to One Health Concept
2 FPSK Psychological Medicine
3 FEM Principles and Practices of Marketing
4 FEM Business Accounting
5 FST Perundangan Siber
6 FST Insurans & Takaful
7 FST Fisiologi & Anatomi Manusia
8 KGI Arabic Language for Stem
9 KGI Writing for Research Paper
10 FPG Fundamental Islamic Knowledge Iv (Applied Dental Fiqh)
11 FPG New Classification of Periodontal and Peri-Implant Diseases and Conditions 2017
12 FSU Al-Madkhal Ila Al Fiqh Al- Islamiy

 

Kursus USIM MOOC 2020 dijangka dapat ditawarkan pada September 2020.

 

Disediakan Oleh
Nurhuda Ruzlan, SDEC.