Bengkel Perancangan Strategik SDEC 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Lounge Eksekutif, Bangunan Canselori USIM.

Bengkel ini membincangkan hala tuju, perancangan serta strategi masa hadapan dalam memastikan kecemerlangan berterusan selaras dengan aspirasi universiti.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan demi mencapai sasaran yang ditetapkan.

#SDECUSIM #USIMDIGITAL #PerancanganStrategik #SDEC2026