Bahagian Perkhidmatan Digital (BPD) SDEC mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Teknik Fotografi Gempak kepada staf SDEC. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai media sosial dan impak visual yang disampaikan oleh Encik Faiz Aziz (Ketua Seksyen Multimedia) serta teknik fotografi, tips dan estetika oleh Encik Shahrezq Mohameddin (Ketua Unit Teknologi Pengajaran) . Para peserta juga diberi tugasan fotografi dan membuat pembentangan hasil dari tugasan yang dilaksanakan.
Diperingkat SDEC kami optimis dalam menjadikan cerapan gambar untuk media sosial SDEC dipertingkat tahap kualitinya.
Ayuh perkasakan kemahiran fotografi anda!