Zaim Dzakwan

bin Azhar

Program Pengajian:
Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Institusi Pengajian:
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Seksyen/Bahagian LI:

Seksyen Multimedia / Bahagian Perkhidmatan Digital
Tempoh Latihan Industri:
15 Julai – 29 November 2024

Senarai Projek/Tugasan

Projek Metaverse USIM Virtual Gallery bertujuan untuk mencipta galeri visual maya yang inovatif, menggunakan platform Spatial.io (www.spatial.io). Platform ini membolehkan pengguna untuk berkarya dan mempamerkan hasil seni mereka dalam persekitaran maya yang interaktif. Projek ini dibangunkan dengan sokongan dan kerjasama daripada pihak Starcom, yang menyediakan bahan-bahan yang akan dipamerkan dalam galeri maya tersebut. Inisiatif ini bukan sahaja menawarkan pengalaman pameran seni yang unik, tetapi juga membuka peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan karya-karya seni dalam ruang digital kreatif. Selain itu, platform ini boleh diakses dengan mudah melalui telefon pintar ataupun komputer, membolehkan pengalaman pameran seni yang fleksibel dan mudah diakses oleh pengguna dari pelbagai peranti.

Terlibat dalam Program Sambutan Hari Akademia Peringkat USIM 2024 yang berlangsung pada 4 Oktober 2024 bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tugasan utama melibatkan dua komponen penting iaitu pemasangan peralatan rakaman dan pengurusan proses rakaman sepanjang program berlangsung.

  1. Pemasangan Peralatan Rakaman
    • Menyediakan peralatan seperti kamera video, tripod, mikrofon, dan kabel sambungan
    .
    Menguji peralatan bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
    • Menyusun kedudukan peralatan di lokasi strategik untuk sudut rakaman terbaik.
    • Menyusun kabel dengan kemas untuk mengelakkan gangguan teknikal dan keselamatan.

2. Sepanjang Proses Rakaman
• Mengawal dan memantau rakaman video bagi memastikan kualiti visual dan audio stabil serta jelas.
• Menyelia sudut rakaman yang fokus kepada aktiviti utama dan ucapan penceramah

Terlibat sebagai AJK Teknikal dalam Festival IDEA Putrajaya 2024 bersempena Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) dengan tajuk “MADANI Melalui Kanta Berbilang Kepercayaan” yang berlangsung pada 28 November 2024 (Khamis) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tugasan utama yang dilaksanakan termasuk:

1. Persediaan Peralatan Teknikal

• Memasang dan menyusun peralatan teknikal seperti slaid pembentangan, projektor, dan sistem audio sebelum program bermula.
• Menjalankan ujian sistem teknikal bagi memastikan kelancaran peralatan sepanjang program.

2. Pemantauan Teknikal Sepanjang Program

• Mengawal slaid pembentangan audio untuk memastikan kualiti yang optimum.
• Menyelesaikan masalah teknikal dengan segera sekiranya berlaku gangguan atau isu peralatan.

Penyuntingan Gambar
Penyuntingan gambar-gambar spesimen organ dalaman dan haiwan berbisa yang bertujuan untuk dipamerkan dalam galeri maya Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Proses penyuntingan gambar tersebut disunting dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.

Penyuntingan Video
Penyuntingan video rakaman bagi kursus Micro-Credential menggunakan aplikasi CapCut. Bertujuan untuk memastikan video rakaman tersebut disunting dengan sempurna, menghasilkan kandungan yang jelas dan menarik.

Latihan ICT Staf USIM telah diadakan pada 25 September 2024 bertujuan memberikan perkongsian dan latihan asas dalam penggunaan aplikasi suntingan gambar dan video, khususnya CapCut. Dalam sesi ini, peserta didedahkan dengan beberapa teknik asas dalam penyuntingan gambar dan video, termasuk:

• Cutting (pemotongan klip)
• Music Integration (gabungan muzik dalam video)
• Effect & Animation (penambahan kesan khas dan animasi)
• Text (penambahan teks)

Latihan ini berlangsung dalam menggunakan medium Microsoft Teams selama 2 jam, bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 80 peserta telah menyertai sesi Latihan ICT ini.