Expert USIM (Al-Khubara’)

Sistem Al-Khubara’ adalah sebuah pangkalan data dalam talian yang menyenaraikan profil akademik, bidang penyelidikan, dan kepakaran para pensyarah serta penyelidik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sistem ini merupakan sistem naiktaraf yang telah mula digunakan pada 16 Jun 2025. Sistem ini adalah dibawah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi yang bertindak sebagai pemilik sistem.

Sistem ini berfungsi sebagai platform antara pihak universiti dengan komuniti luar seperti industri, kerajaan, media, dan orang awam untuk mencari pakar dalam bidang-bidang tertentu, khususnya yang melibatkan integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (rasional).

Pada 11 Disember 2025, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Projek PRIMES Bil. 2/2025 di Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 5 telah berlangsung sesi penyerahan rasmi Sistem Al-Khubara’ kepada Pusat Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.

Kembali