Program Google Campus AI Roadshow USIM 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 7 & 8 April 2026 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan penglibatan staf dan pelajar.
Sepanjang program, peserta telah didedahkan dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI) melalui sesi bengkel Gemini Pro serta aktiviti cabaran menggunakan NotebookLM, yang memberi fokus kepada peningkatan kecekapan kerja, pengurusan maklumat dan pembelajaran digital.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa amalan kerja dan pembelajaran berasaskan teknologi.
#USIM #AI #GoogleCampus #PembelajaranDigital #sdecusim #usimdigital

