Warga Centre For Global Open Access Learning, Immersive Technology & Networks GOAL-ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia telah bersetuju untuk meluangkan masa selama 5 minit pada hari ini dengan mempraktikkan tulisan jawi. Ini bukan sahaja menunjukkan warga GOAL-ITQAN akan terus memartabatkan tulisan jawi malah sekaligus menyahut serta menyokong sepenuhnya saranan YB Menteri. “Pengisytiharan hari jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi kekalkan identiti dan budaya masyarakat “, ujar YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.