Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyampaikan sumbangan 7 unit komputer sebagai inisiatif Tanggung Jawab Sosial Universiti (USR) USIM kepada SK Taman Tasik Jaya (STAJA) pada 1 Disember yang lepas.

Bertempat di STAJA, berlangsung majlis penyerahan sumbangan yang diwakili oleh Yang Berbahagia Encik Aziruddin bin Abdul Aziz, Guru Besar STAJA, Yang Berusaha Encik Azril bin Said, YDP PIBG STAJA dan Puan Norlida bt Basiron, Penolong Kanan Pentadbiran STAJA. Pihak SDEC USIM diwakili oleh Puan Thuraiya Udah, wakil pengarah SDEC, Encik Ahmad Fazli Ismail, Ketua Unit Khidmat Pengguna dan staf-staf daripada Unit Khidmat Pengguna.

Sumbangan ini diberikan kepada pihak sekolah bagi membantu melancarkan proses pengoperasian di sini. Dengan adanya komputer ini, diharapkan warga STAJA dapat memanfaatkannya dalam proses pembelajaran dan meningkatkan kemahiran teknologi dalam Pembelajaran Abad ke-21.

Semoga komputer ini bukan hanya menjadi alat pembelajaran, tetapi juga sebagai sumber inspirasi untuk meneroka dan mencipta bagi para pelajar di sekolah STAJA. Terdahulu STAJA juga merupakan rakan strategik Fakulti Sains dan Teknologi, USIM.

USR pada kali ini merupakan sumbangan kali ke-16 yang diuruskan oleh pihak SDEC sejak tahun 2014.