11 Julai 2025 – Road Tour Pejabat CDO dan Pengurusan SDEC bersama Pengurusan Fakulti. Program ini merupakan sesi libat urus bagi memperkukuh inisiatif pendigitalan USIM serta mendapatkan input bagi penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan USIM 2026–2030 yang sedang dibangunkan. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang merupakan lokasi kedua jelajah ini telah memberikan komitmen yang tinggi, sekaligus mencerminkan kesediaan fakulti untuk menyokong penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan USIM 2026–2030.
Jelajah ini akan diteruskan ke fakulti-fakulti lain dalam usaha memastikan pembangunan pelan yang inklusif dan berimpak.

