Nilai, 27 Februari 2022 – Karnival Jom Masuk IPT 2022 yang berlangsung pada 26 dan 27 Februari 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia. Majlis dirasmikan oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM dan turut hadir Encik Wahi Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah termasuk calon PMR, SPM, STPM, STAM, Diploma, ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat yang turut sama memeriahkan karnival ini.

SDEC mempamerkan Eksplorasi USIM secara 360 melalui Virtual Campus Tour, komunikasi lebih interaktif dan pantas bersama Taariq di Chatbot USIM, lawati galeri USIM secara maya di USIM VGallery, infaq di JomInfaq dan ketahui ketulenan Sijil Akademik Universiti menerusi aplikasi USIM TAS (Tasdiq Al Syahadah).

Sehubungan itu diharapkan dengan penganjuran Karnival Jom Masuk IPT ini dapat memberi semangat dan merebut peluang ini kepada mereka dengan hadir ke karnival pengajian tinggi yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Disediakan oleh:

Nuradilah Binti Azman
Pembantu Tadbir
System Development and Engineering Centre (SDEC)
Universiti Sains Islam Malaysia
No.Tel : 06 – 798 6042 | Faks : 06 – 798 6050