14 Ogos 2025 – SDEC telah berjaya melaksanakan kaunter bantuan teknikal bagi perkhidmatan myDigital ID, Google Workspace for Education (GWFE) dan USIM ID yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Ogos 2025 di Lobi Bangunan Canselori.
Kaunter bantuan ini menerima penyertaan memberangsangkan daripada staf USIM yang hadir untuk mendapatkan bantuan berkaitan pendaftaran serta penyelesaian isu teknikal secara bersemuka bersama pasukan teknikal SDEC.
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan memperkukuh penggunaan perkhidmatan digital USIM serta memastikan kelancaran urusan berkaitan akaun rasmi universiti dalam kalangan warga staf. Sepanjang program berlangsung, pasukan SDEC turut memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal secara terus bagi meningkatkan kefahaman dan kecekapan penggunaan platform digital USIM.
SDEC merakamkan penghargaan kepada semua staf USIM atas kerjasama dan sokongan yang diberikan, serta komitmen berterusan dalam menyokong agenda pendigitalan universiti.
#USIMDigital #SDECUSIM #myDigitalID #GWFE #USIMID

