Festival Koir Kemerdekaan Piala Pendaftar (FESKEP) 2024 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 12 September 2024 di Dewan Kuliah Utama, FPQS. Kumpulan eVOICES terdiri dari 20 staf SDEC tampil memukau dengan persembahan lagu Nyalakan Tekad, yang berjaya menyuntik semangat patriotik dalam setiap jiwa yang hadir.
Program ini dirasmikan oleh Dato’ Naib Canselor USIM dan dinilai oleh barisan juri ternama, En. Azizul Haqim (Guru Vokal), Bob Yusof (Penyanyi Tanah Air), dan Dato’ Nash (lagenda Tanah Air dan Karyawan Seni USIM).
Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara ini, terutamanya ahli koir SDEC yang berlatih tanpa jemu sejak 26 Ogos 2024! Walaupun tidak berjaya mendapat tempat 3 teratas tetapi anda semua hebat dan berani!!! Jumpa lagi pada FESKEP yang akan datang.

