Pada 23 Ogos 2024 (Jumaat), Unit Khidmat Pengguna (UKP) SDEC dengan penuh komitmen telah menyerahkan sumbangan 10 unit komputer kepada Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk memperkasa penggunaan ICT di Pusat Sumber Sekolah, di mana ia turut disambut oleh wakil sekolah, Ustazah Norisma Ahmad, Ketua Program Panitia Pendidikan Islam. Terima kasih diucapkan kepada ketua UKP, En. Ahmad Fazli Ismail serta staf SDEC yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meningkatkan kecemerlangan murid dan pihak sekolah dalam pelaksanaan pembelajaran serta diharapkan dapat terus mengekalkan hubungan baik USIM dengan pihak sekolah.

