Pada 9 hingga 13 Januari 2023, seramai 25 orang staf SDEC dari Seksyen Pusat Data (SPD), Seksyen Pegurusan Server & Keselamatan Siber (SSKS) dari Bahagian Infra ICT dan Seksyen Aplikasi Akademik & Pelajar (SAAP), Seksyen Portal & Mobile (SPM) dari Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal telah mengikuti Latihan Microsoft SQL Server 2019 bertempat di Bilik Seminar Ibn. Abbas, FPQS. Latihan yang diadakan selama 5 hari ini dikendalikan oleh En. Sheikh Nasir Kamaruddin, Pengurus IT, Techno Rada Services Sdn. Bhd. Diharap dengan latihan yang diadakan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf SDEC untuk mengendalikan perisian Microsoft SQL Server 2019.