Bahagian Aplikasi Akademik dan Portal telah menganjurkan Latihan Mobile Tools Flutter pada 10 hingga 14 Julai 2023 di Bilik Seminar SDEC yang disertai oleh staf-staf dari bahagian BAAP, BAKK, BPD dan BIICT. Latihan ini menjadi satu platform untuk meningkatkan kompetensi staf dalam pembangunan aplikasi mobile yang kini menjadi salah satu nadi utama masyarakat digital. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk untuk melaksanakan kerajaan digital, pembangunan aplikasi mobile akan meningkatkan kualiti penyampaian awam dan membawanya ke satu peringkat seterusnya.